Air pasang besar: Tanjung Piai tarik ribuan pengunjung

2022-11-28 1

Air pasang besar: Tanjung Piai tarik ribuan pengunjung

BERITA SEMASA 28 NOVEMBER 2022

Orang ramai tidak melepaskan peluang sempena cuti umum pada Isnin untuk menyaksikan fenomena air pasang besar di Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian, Johor.

Air pasang besar yang kebiasaannya berlaku pada Disember di Tanjung Piai yang turut dikenali sebagai titik terselatan di benua Asia itu kini turut berlaku pada November.

Fenomena alam yang bermula pada jam 1 tengah hari itu menyaksikan paras air laut naik setinggi kira-kira 3.4 meter sehingga melimpah masuk ke kawasan taman negara, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Artikel: https://bit.ly/3UbdjN1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa