Penjual buah mati dengan kesan luka pada rusuk kanan

2022-11-22 3

Penjual buah mati dengan kesan luka pada rusuk kanan

BERITA SEMASA 22 NOVEMBER 2022

Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai ditikam di sebuah rumah apartment di Taman Bukit Delima, di Seremban, Negeri Sembilann, pada Isnin, Lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Mayat lelaki yang bekerja sebagai penjual buah berusia 50-an itu ditemui kira-kira jam 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu dan terdapat beberapa kesan darah di beberapa lokasi dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada pengawal keselamatan apartmen terbabit yang memaklumkan terdapat kes kematian di situ.

Artikel: https://bit.ly/3Awk2KA

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Free Traffic Exchange