Annuar Musa dedah muslihat Zahid
BERITA SEMASA 21 NOVEMBER 2022
Bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa mendakwa keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berhasrat untuk bergabung dengan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan mempunyai muslihat dan agenda.
Siang tadi, Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan proses bagi ketua parti dan gabungan politik untuk menghantar persepakatan pembentukan kerajaan dan nama calon Perdana Menteri, sehingga pukul 2 petang esok.
Seri Paduka menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selesai.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #pru15