PASCA PRU15: Agong perkenan kemuka calon PM hingga esok

2022-11-21 2

BERITA SEMASA 21 NOVEMBER 2022

Tempoh mengemukakan gabungan politik dan nama calon Perdana Menteri ke-10 kepada Istana Negara dilanjutkan sehingga 2 petang esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah perkenan Seri Paduka Baginda itu dikeluarkan susulan permohonan yang dibuat oleh ketua parti-parti politik dan gabungan kepada pihak Istana Negara hari ini.

Dalam masa sama, Seri Paduka Baginda menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan negara.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Artikel: https://bit.ly/3OmZDNI

#BeritaSemasa #SinarHarian