BERITA SEMASA 19 NOVEMBER 2022
Pengundi terakhir Roslan@Abd Razak Masran, terpaksa meninggalkan kenderaannya di tepi jalan selepas menyedari beliau adalah pengundi terakhir di Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Kebangsaan Cina (SKJ) Chung Hwa Kota Kinabalu, Sabah, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Berbaki kurang daripada tiga minit sebelum tamatnya hari pengundian PRU15, dia mendapat sorakan gamat daripada petugas SPR yang memeriahkan suasana saat akhir tempoh mengundi pada pilihan raya kali ini.
Roslan yang sempat membuang undi di pusat berkenaan memaklumkan dia lewat membuang undi kerana ada urusan keluarga tetapi demi haknya sebagai rakyat Malaysia dia tidak melepaskan masa yang ada.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa