PRU15: Wahai rakyat Malaysia, ingat pesan ini

2022-11-18 1,027

PRU15: Wahai rakyat Malaysia, ingat pesan ini

BERITA SEMASA 18 NOVEMBER 2022

Pada 19 November 2022, rakyat Malaysia akan menjadi penentu masa depan negara menerusi proses pilihan raya berlandaskan konsep demokrasi.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub, menyeru semua rakyat berbilang bangsa untuk keluar mengundi dan membuat keputusan terbaik dalam memilih peneraju kerajaan.

Beliau menegaskan, pemimpin yang dipilih harus mampu merealisasikan hasrat rakayat, bertanggungjawab dan paling penting pemimpin dipilih harus berintegriti dan tentunya bebas rasuah.

Selamat Mengundi Rakyat Malaysia! Tunaikan Tangungjawab Anda!

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa