Pilih pemimpin sanggup korban demi rakyat
BERITA SEMASA 14 NOVEMBER 2022
Sidang Deklarasi PRU15 dengan tema Membina Karakter Bangsa digerakkan oleh Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dan Sinar Harian menyeru rakyat untuk memilih pemimpin yang mempunyai lapan karakter bangsa.
Presiden Ikram, Badlishah Sham Baharin berkata, lapan karakter itu adalah berkemampuan, berdaya maju, amanah dan berintegriti, kasih sayang, jujur, berkeadilan, utama rakyat dan berprinsip, manakala Presiden Wadah, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, PRU15 ini menjadi peluang terbaik untuk melakukan perubahan supaya negara benar-benar maju.
Program ini merupakan penganjuran kerjasama dua NGO bersama Sinar Harian dan rakan sokongan Rasuah Busters buat pertama kali untuk membantu pengundi memilih pemimpin.
Artikel: https://bit.ly/3hBo8KS
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #beritasemasa #PRU15