PRU15: UMNO gantung keahlian isteri Shahidan, Ismail
BERITA SEMASA 13 NOVEMBER 2022
UMNO gantung sementara seluruh jawatan dua Ketua Wanita Bahagian setelah didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada PPRU15.
Kedua-dua mereka adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Perlis Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Pahang, Datin Seri Fatimah Kassim.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penggantungan selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua individu terbabit.
Artikel: https://bit.ly/3UIwY7U
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15