Rafizi: Tiada peruntukan punca 'perang bendera' hambar

2022-11-09 761

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata bahawa tanda-tanda kekurangan keyakinan BN boleh dilihat dalam prestasi hambar mereka dalam "perang bendera"

Sambil menyifatkan ia sebagai pameran BN yang paling 'cabuk', dia mendakwa pemimpin Umno tidak mengeluarkan wang untuk memasang bendera kerana tiada peruntukan.

Rafizi turut berseloroh mengatakan orang yang memegang wang Umno kini sedang bercuti di hotel Kajang merujuk kepada bekas pengerusi BN Najib Razak - yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Sumber: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/6513175178708889