Dua calon Selangor ikrar tolak rasuah

2022-11-09 1,115

BERITA SEMASA 9 NOVEMBER 2022

Calon parti politik yang bertanding beberapa kerusi Parlimen di Selangor melafazkan ikrar menolak rasuah dan salah guna kuasa bagi menjadikan negara berintegriti serta harmoni.

Calon Gerakan Tanah Air Parlimen Kuala Selangor, Mohd Shaid Rosli berkata, parti diwakili beliau mempunyai tekad dan komitmen tinggi dalam memerangi rasuah.

Calon Pakatan Harapan Parlimen Tanjong Karang, Siti Rahayu Baharin berkata, selaku calon baharu, beliau berikrar tidak sesekali terlibat dalam amalan rasuah yang boleh mengakibatkan ketirisan dalam negara.

#TolakRasuah #SinarHarian