Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menyelar sikap pihak tertentu yang didakwa menabur fitnah asalkan memakai kopiah dan berpakaian seperti orang alim.
Mengulas isu tersebut, Anwar berkata, dia lebih berpandukan kepada dokongan ulama tersohor seperti Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dan Sheikh Mustafa. Mereka mempunyai alasan tertentu setelah memantau keadaan di Malaysia.
Tambahnya lagi, kedudukan dan ilmu mereka lebih tinggi serta mempunyai roh jihad yang kuat, lebih tenang serta lebih bijak pengamataannya berbanding pihak yang bergelar ustaz tetapi memaki dan menfitnah orang lain .
Source: https://www.facebook.com/watch/?v=1543365549513135