Calon BN Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yakin pendekatan mesra yang diamalkan sebagai Ahli Parlimen sejak 2013 merupakan peluang dan ruang untuk memenangi kerusi BN pada PRU15.
Menurutnya, walaupun sebelum ini beliau menjadi wakil rakyat kepada Pas, tetapi hubungan beliau bersama pimpinan BN di Kuala Nerus juga baik.
Mengulas mengenai pemilihannya dalam BN, Mohd Khairuddin percaya keputusan itu adalah yang terbaik daripada kepimpinan parti dan yakin semua jentera BN akan sentiasa bersama untuk halang PH membentuk kerajaan.
Sumber video: https://www.facebook.com/drtakiri/videos/642418140919708