Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Annuar Musa mengakui telah menolak tawaran beberapa parti lain termasuk Perikatan Nasional yang ingin mencalonkannya pada PRU15.
Bercakap kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, Annuar berkata dia menolak tawaran yang diberikan kerana mempunyai prinsip untuk kekal bersama Umno.