Asyraf Wajdi tekad pertahan Parlimen Gerik
BERITA SEMASA 2 NOVEMBER 2022
Calon kerusi Parlimen Gerik, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tekad untuk melakukan terbaik bagi mempertahankan kerusi kawasan yang merupakan kubu kuat BN pada PRU15, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Jelas Asyraf Wajdi, beliau yakin dapat mendekati pengundi kawasan berkenaan dengan meneruskan perjuangan parti untuk membela rakyat.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Pengumuman Calon PRU15 BN Perak di Ipoh pada Rabu.
Artikel: https://bit.ly/3DlenHW
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15