Bekas pemimpin PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali masih memberi teka-teki sama ada beliau akan bertanding di atas tiket Barisan Nasional atau bebas pada pilihan raya umum ke-15.
Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus itu berkata beliau akan mengumumkan perkara itu sehingga tibanya hari penamaan calon pada 5 Nov ini.
Khairuddin sebelum ini dilihat hadir ke ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur namun tidak dipastikan tujuan bekas ahli jawatankuasa PAS pusat itu hadir.
Sumber video: https://www.facebook.com/drtakiri/videos/3348889972048078