Penyandang parlimen Klang Charles Santiago menegaskan, tiada pengaturan atau isyarat diberi kepadanya bahawa PRU14 merupakan penggal terakhir dia bertanding.
Menurutnya, kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hanyalah langkah untuk mengurangkan kritikan selepas dia dikecualikan daripada senarai calon PRU15.