Presiden Amanah Mohamad Sabu mendakwa tindakan 12 menteri Perikatan Nasional sebagai “biadap” kerana menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Mohamad berkata demikian dalam ucapannya pada majlis jelajah mega Pakatan Harapan di Alor Gajah, Melaka malam semalam.
Terdahulu, 12 menteri kabinet daripada PN menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana membantah pembubaran Parlimen yang diumumkan Ismail Sabri.
Sumber video: https://www.facebook.com/KeadilanRakyat/videos/3888506041375887