Kes kematian ubat beracun meningkat, Indonesia ambil tindakan

2022-10-26 0

Agensi Makanan dan Ubatan Indonesia (BPOM) tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua syarikat farmaseutikal yang menghasilkan produk dikaitkan dengan kes kecederaan buah pinggang akut (AKI).

BPOM menegaskan perkara itu ketika kes kematian dilaporkan terus meningkat dalam kalangan kanak-kanak di Indonesia.