Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China

2022-10-23 0

Presiden China Xi Jinping mencipta sejarah, apabila beliau mengekalkan tempatnya sebagai pemimpin Parti Komunis China (PKC) untuk penggal ketiga.

Pada Ahad, Jawatankuasa Pusat PKC melantik Jinping sebagai Setiausaha Agung Parti untuk penggal berikutnya selama lima tahun.

Menerusi Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC, Xi Jinping turut mengumumkan barisan kepimpinan baharu.
Untuk laporannya kita terus sahaja bersama Zhang Hong, wartawan kumpulan Media China (CMG).