GTA Negeri Sembilan cadang bekas IGP lawan Tok Mat di Rembau

2022-10-17 1

Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan dilaporkan akan meletakkan bekas Ketua Polis negara Abdul Hamid Bador untuk bertanding di kerusi Parlimen Rembau.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Pengerusi GTA negeri Mohamad Jani Ismail memaklumkan pihaknya telah menyerahkan nama Abdul Hamid kepada pucuk pimpinan gabungan itu.