“Tak boleh bagi keputusan lagi tapi memang UMNO Bahagian Tasek Gelugor minta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua ke Parlimen,” kata Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Pengerusi UMNO Tasek Gelugor, Datuk Muhammad Yusoff Mohd Noor akan kekal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.