Umno sudah jangka keputusan PAS bersama PN, kata Zahid

2022-10-14 2

Presiden Umno Zahid Hamidi berkata mereka sudah menjangkakan PAS akan terus bersama Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Susulan keputusan itu, kata Zahid, Umno dan BN akan terus bergerak solo pada PRU15.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam berkata mesyuarat jawatankuasa kerja parti itu memutuskan untuk memperkukuh kerjasama dalam PN untuk menghadapi PRU15.