Putrajaya bersetuju untuk mengurangkan kadar bayaran tol bagi enam lebuh raya di sekitar Lembah Klang dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Fasa pertama yang bermula 20 Okt ini melibatkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Bersurai Kajang (Sutera).
Fasa kedua pula akan melibatkan Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) bermula 1 Jan 2023.