Menteri Dalam Negeri sementara Hamzah Zainuddin berkata, kebimbangan terbesar pihak berkuasa apabila PRU15 berlangsung tidak lama lagi adalah banjir besar, seperti yang melanda negara pada Disember lalu.
Pada sidang media selepas menghadiri taklimat polis mengenai kesiapsiagaan menghadapi banjir dan pilihan raya, Hamzah berkata polis bersama agensi lain telah menjalankan simulasi di semua 14 negeri.