Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendakwa harga petrol, ayam serta telur dijangka naik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Jelas beliau, ia susulan kerajaan mengurangkan pemberian subsidi dan bantuan sosial sebanyak 28.7 peratus menerusi Bajet 2023 berbanding Bajet 2022.