Anthony Loke (PH - Seremban) menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk segera menghentikan 'teka-teki' berhubung tarikh PRU15 kerana ia tidak sihat untuk perkembangan ekonomi negara.
Menurut Loke, Belanjawan 2023 juga merupakan belanjawan PRU seperti yang dijangka namun dia menyatakan kebimbangan mengenai nisbah pembiayaan hutang negara yang masih agak besar.
Sementara itu Maszlee Malik (PH - Simpang Renggam) berpandangan Belanjawan 2023 tidak mempunyai usaha bersepadu untuk memperbaiki bidang pendidikan secara komprehensif pasca Covid-19.