Cadangan mengembalikan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dibincangkan dalam kabinet, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul bagaimanapun berkata pelaksanaan semula cukai berkenaan bergantung kepada keadaan ekonomi negara pada tahun hadapan.