Bajet 2023 menyediakan peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM95 bilion, terbesar pernah disediakan dan meningkat dengan ketara berbanding peruntukan 2022 sebanyak RM75.6 bilion.
Daripada jumlah itu, RM16.5 bilion disediakan bagi sektor pengangkutan melalui projek infrastruktur terutama Lebuh Raya Pan Borneo, Landasan Keretapi berkembar Gemas-Johor Bharu, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), RTS Link dan Central Spine Road.