Bajet 2023: RM200 e-dompet buat belia
BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagi program ePemula, RM200 one-off akan dikreditkan ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas melibatkan peruntukan RM400 juta.
Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul, ini merupakan peningkatan ketara berbanding peruntukan Bajet 2022 RM332 bilion dan Bajet 2021 RM322 bilion.
Artikel: https://bit.ly/3T6AGqS
#Bajet2023
#Belanjawan2023