Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Istana Negara pada sekitar jam 4:45 petang.
Pertemuan di antara Ismail Sabri dan Sultan Abdullah berlangsung hampir sejam.
Sesi Perdana Menteri menghadap Agong hari ini menjadi tumpuan berikutan spekulasi beliau akan memohon pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRU15.