Azmin Ali (Bersatu-Gombak) hari ini menzahirkan keyakinannya di Dewan Rakyat bahawa gabungan Perikatan Nasional akan membentuk kerajaan yang baru selepas PRU15.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) Malaysia.
Terdahulu Lim bertanya bagaimana CPTPP boleh dilaksanakan jika parlimen dibubarkan minggu ini kerana ia perlu diberi mandat oleh kerajaan baharu.