Kalau PRU musim banjir, rakyat mesti sokong pembangkang - Saravanan

2022-10-05 751

Menteri Sumber Manusia M Saravanan membidas dakwaan pembangkang bahawa PRU15 akan dibuat semasa musim banjir sambil menegaskan kerajaan mempunyai pelan rancangan sembilan bulan lebih awal berdasarkan pengalaman tahun lalu.

Saravanan turut secara sinis mengatakan rakyat pasti akan mengundi pembangkang sekiranya kerajaan melakukan 'kesilapan' dengan mengadakan PRU semasa musim banjir.

Terdahulu Lim Guan Eng (PH - Bagan) bertanya mengenai pelan kerajaan menghadapi banjir sekiranya PRU15 diadakan serentak pada musim tengkujuh.