Umno mahu PRU segera demi kebajikan rakyat - Zahid jawab Dr M

2022-10-05 2,101

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menempelak Dr Mahathir Mohamad yang membidas parti itu kerana mendesak pilihan raya awal walaupun amaran musim banjir.

Ini selepas Pengerusi Pejuang itu mendakwa Umno mendesak PRU segera hanya kerana berminat untuk memegang kuasa.