'Saya hairan Zafrul tak bimbang nilai ringgit jatuh' - Anwar

2022-10-04 11

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyelar kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang didakwa tidak bimbang dengan kejatuhan nilai ringgit ketika ini.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, Tengku Zafrul tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana situasi yang melanda negara itu mengundang kebimbangan ramai.