Kes culik ejen kosmetik: Polis kenal pasti dua, tiga suspek lagi - IGP

2022-10-04 4

Polis sedang mengenal pasti dua hingga tiga orang lagi yang dipercayai terlibat dalam penculikan ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 Sept lepas.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata suspek yang dikenal pasti itu dipercayai warga tempatan, namun pihaknya memerlukan masa untuk mengumpul dan berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa di Thailand.

Sumber video: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/812210199932192