Pelik Anwar, Rafizi bisu isu k'jaan Selangor 'balun' hutan simpan

2022-09-28 2,749

Presiden PKR Anwar Ibrahim digesa segera mewujudkan jawatankuasa inkuari bagi menyiasat apa yang dinamakan sebagai “pembelasahan” dan “pembalunan” hutan simpan di Selangor.

Demikian kata Setiausaha NGO yang dikaitkan dengan PKR, Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail.

Dalam kenyataan hari ini, Razak berkata kerajaan Selangor umpama sudah hilang kawalan sebagai penjaga hutan simpan.