Muhyiddin dan Hadi berjumpa reda ketegangan Bersatu-PAS

2022-09-27 1,454

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari PAS Abdul Hadi Awang malam semalam.

Ini susulan percanggahan pendapat yang ketara di antara kedua-dua parti berhubung ucapan Muhyiddin semasa acara ulang tahun keenam Bersatu pada Sabtu lalu.