MGNews : Kayveas Buat ‘Comeback’, Kerusi Ipoh Barat Jadi Sasaran

2022-09-27 1

Selepas dilanda krisis pembatalan parti, Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) Tan Sri M. Kayveas menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Ipoh Barat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, kerusi Parlimen itu menjadi pilihannya susulan pelbagai program menyantuni rakyat di kawasan berkenaan dilakukan khususnya di Buntong.