'Cubaan manipulasi proses politik' - Armada tolak PRU musim banjir

2022-09-22 2,378

Sayap pemuda Bersatu, Armada hari ini mengecam pihak yang terus-menerus mendesak mahu PRU15 diadakan segera, walaupun pada musim tengkujuh.

Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan itu juga secara jelas mahu memanipulasi proses politik demi kepentingan peribadi.

Tambahnya, tidak seperti dahulu apabila PRU boleh diadakan pada bulan November, kali ini kesan banjir mungkin akan lebih teruk berbanding tragedi tahun lalu yang berlarutan sehingga Januari.

Free Traffic Exchange