Saya rasa rakyat pun tak setuju PRU musim banjir - Tuan Ibrahim

2022-09-22 337

Menteri Alam Sekitar Dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan kerajaan tidak perlu tergesa-gesa mengadakan PRU pada hujung tahun ini kerana tumpuan perlu diberi kepada persediaan menghadapi bencana banjir.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS secara peribadi tidak bersetuju PRU diadakan pada musim banjir dan beliau yakin rakyat juga berpandangan serupa mengenai perkara itu.

Sumber video: https://www.facebook.com/ustaztitm/videos/482109686915101