Pakatan Harapan bersetuju membentuk satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan MUDA dan Parti Sosialis Malaysia, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.
Sementara itu Loke, Pengerusi PH Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub turut memaklumkan, rundingan kerusi dengan MUDA hanya akan diputuskan selepas Majlis Presiden membuat keputusan mengenai permohonan parti itu untuk menyertai PH secara rasmi.