PM kena jawab dakwaan layanan istimewa pada ‘Merpati’ - Rafizi

2022-09-20 8,814

Akses bebas Najib Razak kepada dunia luar memberikan kredibiliti kepada dakwaan bahawa dia sedang menerima layanan istimewa, kata Rafizi Ramli.

Timbalan Presiden PKR itu mengulas mengenai dakwaan layanan istimewa yang diberikan terhadap bekas perdana menteri itu – yang dirujuk dengan kod nama ‘Merpati’.