Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan komitmen kerajaan untuk menegakkan kebebasan akhbar, di tengah-tengah kebimbangan mengenai dakwaan campur tangan politik dalam akhbar News Straits Times (NST).
Ismail berkata kerajaannya tidak pernah campur tangan dalam operasi bilik berita dan tidak akan berbuat demikian.
Beliau diminta mengulas mengenai kebimbangan yang dibangkitkan NST berhubung laporan dakwaan campur tangan politik dikatakan melibatkan ahli politik Umno berpangkat tinggi.