'Itu tidak benar' - Khairy nafi ubat darah tinggi Najib ditukar

2022-09-13 2,264

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini menafikan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah memberi ubat tekanan darah tinggi yang berbeza kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurut Khairy, Najib sebelum ini mengambil ubat daripada hospital swasta dan apabila dirujuk ke HKL minggu lalu dia diberikan ubat dengan formula sama tetapi dalam bentuk generik.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dan pegawai khas bekas perdana menteri itu sebelum ini mendakwa HKL telah memberi Najib ubat yang berbeza daripada yang biasa diambil.