Ibu dua anak dituduh terima wang RM876,375 tanpa lesen sah

2022-09-12 1

Ibu dua anak dituduh terima wang RM876,375 tanpa lesen sah

BERITA SEMASA 12 SEPTEMBER 2022

Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sik, Kedah atas 22 pertuduhan menerima wang deposit berjumlah keseluruhan RM876, 375 tanpa lesen sah sejak April lalu.

Tertuduh, Norsyazwany A Rahim, dari Kampung Landak Hilir, Kupang, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Najwa Che Mat sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya pada Isnin.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada dua anak itu didakwa menerima wang deposit daripada 22 individu secara berasingan berjumlah antara RM2,500 hingga RM489,000 di lokasi berasingan sekitar Baling bermula 10 April hingga 2 Ogos 2022, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Artikel: https://bit.ly/3BxYVs8

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa