Rundingan 'gelap' PAS-UMNO dianggap tidak rasmi, perlu diputuskan parti

2022-09-08 604

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob menolak terdapat ‘rundingan gelap’ bersama kepimpinan partinya dengan PAS berhubung pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ismail juga berkata rundingan perlu dilaksanakan secara rasmi dan diputuskan oleh Majlis Teringgi UMNO.

Sebelum ini, seorang pemimpin PAS mendakwa, wujud rundingan sulit membabitkan pemimpin tertentu dalam UMNO dan PAS menyentuh keperluan satu lawan satu antara mereka dan Pakatan Harapan (PH) pada PRU15.