Tidak salah untuk bekas perdana menteri Najib Razak memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan kehakiman kes SRC, sejurus selepas mendapatkan pengampunan diraja.
Peguam S Selvam berkata ini kerana perkara tersebut adalah dua perkara berasingan yang terletak di bawah bidang kuasa yang berbeza.