Pesuruhjaya Tinggi British 'jatuh cinta' dengan Johor

2022-09-05 1

Pesuruhjaya Tinggi British 'jatuh cinta' dengan Johor

BERITA SEMASA 5 SEPTEMBER 2022

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay kecewa rancangan untuk menjelajah seluruh Malaysia sejak 2019 tergendala gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan akibat wabak Covid-19.

Bagaimanapun, Hay berkata, beliau kini berjaya memanfaatkan ruang yang ada untuk melaksanakan perancangan itu dan meminati Johor secara peribadi setelah menetap hampir sebulan di negeri itu.

Terdahulu, Sinar Harian menerima kunjungan Hay pada Isnin dalam sesi ramah mesra bersama Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin di bangunan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, lapor wartawan Sinar Harian, Amnan Ibrahim.

Muzik: Elevate dari Bensound

#SinarHarian
#BeritaSemasa

Free Traffic Exchange