12 laporan polis dibuat, Zahid disiasat bawah Akta Hasutan

2022-08-30 1

Polis mengesahkan sedang menyiasat ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam taklimat khas parti itu di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Menurut kenyataan polis, Zahid disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan 12 laporan polis.