Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah memberikan komitmen bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 akan diadakan pada tahun ini dan tidak lama lagi.
Bercakap pada perhimpunan BN Pahang semalam, Mohamad yang juga timbalan presiden Umno turut menggesa parti komponen BN menumpukan perhatian kepada PRU sebelum memikirkan soal pemilihan parti.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=S5OMLK0MM1M